Facebook
Borang
Program
Laman Utama > Galeri > Tahun 2010 > Aktiviti 3  
   
SPA Juarai perlawanan bola jaring pantai di Langkawi  
   
LANGKAWI 10 April ----- Pasukan bola Jaring SPA telah menjadi johan dalam perlawanan akhir Bola Jaring Pantai sempena Pesta Air Antarabangsa 2010 di pantai Chenang sebentar tadi. Pasukan SPA yang menang pada kesemua perlawanan yang berlangsung sejak semalam, telah menewaskan pasukan KLIA dengan jaringan 9 – 8. Setiausaha SPA, Dato’ Lamien Sawiyo ketika dihubungi MediaSPA untuk mengulas kemenangan itu, beliau berkata “ saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengurus dan pemain-pemain diatas kejayaan menjadi juara bola jaring pantai di Langkawi dalam penampilan buat pertama kali ”. Katanya lagi “ kini terbukti pasukan bola jaring SPA bukan sahaja unggul di padang, di dewan, malahan kini turut unggul di pantai berpasir”. Kejohanan bola jaring pantai yang bermula semalam, adalah anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia ----- MediaSPA  
   
  Program  
   
   
   
   
   
   
   
   
     
     
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
© PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Hakcipta Terpelihara 2012