Facebook
Borang
Program
Laman Utama > Pendidikan > Nasyrah Child Care Centre  
   
Profil Nasyrah Child Care Center  
   
   
Nasyrah Child Care Center merupakan sebuah pusat jagaan yang menggunakan kaedah pembelajaran dan pendidikan bersistematik. Walaupun berstatus Pusat Jagaan Kanak-kanak, namun Nasyrah Child Care Center menggunakan pendekatan pembelajaran secara bersistematik mengikut pra sekolah.

Nasyrah Child Care Center telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 27 Januari 2004. Pada asalnya, Nasyrah Child Care Center dikenali dengan nama Excellent Child Center. Walaubagaimanapun, pihak Ahli Lembaga Pengarah telah mengambil inisiatif untuk membuat perubahan pada nama tersebut bagi mencapai matlamat pendidikan pra sekolah dan bersesuaian dengan sasaran umur pelajar.

Nasyrah Child Care Center telah ditubuhkan secara bersama oleh 4 orang graduan pelbagai lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Mereka telah sepakat untuk menceburi bidang pendidikan dan memperkenalkan satu pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap pendidikan pra sekolah merangkumi pendidikan akademik dan sahsiah serta seimbang dari segi rohani dan jasmani.

Sehingga kini, Nasyrah Child Care Center telah mempunyai 4 buah cawangan di Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Hentian Kajang yang beribu pejabat di Bandar Baru Bangi.

Nasyrah Child Care Center (Pusat Jagaan Kanak-kanak Nasyrah) telah diperakui di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 dengan no pendaftarannya ialah 001459952-T
 
     
   
SENARAI NAMA GURU  
     
Flower Suhaiza binti Mustafa(Pengurus)  
Flower Ernie Farhana binti Mokhtar (Penyelia)  
Flower Khaserilah binti Khalid  
Flower Norliana binti Mokhtar  
Flower Syarifah Norizan binti Abdullah  
Flower Norsidah binti M.Isa  
Flower Suzila binti Remli  
Flower Nurul Baikis binti Sahril  
   
NO PEJABAT: 03-8885 6384  
     
 
   


 
 
 
     
     
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
© PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Hakcipta Terpelihara 2012