Facebook
Borang
Program
Laman Utama > Organisasi > Perutusan Pengerusi  
   
Perutusan Pengerusi  
   
pengerusi  
   
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia  
   
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah diberi kepercayaan untuk menerajui PUSPANITA Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).  
   
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PUSPANITA Cawangan Kecil SPA terhadap komitmen dan penyertaan warga PUSPANITA SPA dalam segala aktiviti-aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat PUSPANITA Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri dan SPA sendiri.  
   
Saya dengan ini menyeru agar ahli-ahli Puspanita Cawangan Kecil SPA dapat sama-sama bersepakat, bekerjasama, ikhlas dan komited dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran bagi memajukan PUSPANITA serta turut ‘Merakyatkan PUSPANITA’ dengan meletakkan diri masing-masing dalam kedudukan orang yang menerima perkhidmatan, selaras dengan saranan KSN untuk merakyatkan perkhidmatan awam. Justeru, adalah diseru agar segala aktiviti yang dijalankan berasaskan prinsip-prinsip produktiviti tinggi, cepat dan tepat, serta inovatif dan penuh integriti supaya segala program-program yang dijalankan bermanfaat untuk ahli-ahli PUSPANITA di SPA.  
   
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa dan ahli yang telah bekerja keras untuk menjayakan program sebelum ini. Saya juga berharap agar program-program bagi tahun 2015 ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bergerak dengan lebih aktif demi manfaat bersama.  
   
Sekian dan Salam Hormat.

YBhg. Datin Nik Asmak binti Nik Mahmood
Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


03 Ogos 2015
 
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
 
     
     
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
© PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Hakcipta Terpelihara 2012