Facebook
Borang
Program
Laman Utama > Pendidikan > Tabung PUSPADARA  
   
Tabung PUSPADARA  
   
Flower Pengenalan  
  Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP) adalah mengikut Undang-undang Kecil Tabung PUSPADARA PUSPANITA (Pindaan 2008) merupakan tabung yang ditubuhkan untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi ahli-ahli PUSPANITA dan keluarga yang menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti barah, AIDS dan sebagainya.  
     
Flower Tujuan TPP  
  Memberi bantuan kewangan kepada ahli dan/atau keluarga iaitu suami dan anak-anak yang mengidap barah dan/atau penyakit-penyakit lain seperti senarai yang diluluskan untuk meringankan beban mereka. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit barah payudara;  
     
  Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan punca, pencegahan dan rawatan bagi penyakit barah payudara serta penyakit-penyakit lain; dan  
     
  Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu meningkatkan kemudahan bagi mencegah penyakit ini.  
     
Flower Syarat-Syarat Permohonan TPP  
  Ahli-ahli yang ingin memohon bantuan sumbangan hendaklah melalui Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian atau Negeri dan perlu merujuk kepada :  
   
  Lampiran A (Syarat-syarat permohonan Sumbangan Kewangan Tabung PUSPADARA PUSPANITA)  
  Lampiran B (Jenis-jenis Penyakit yang disenaraikan)  
  Borang A TPP (Borang Permohonan Sumbangan Kewangan Tabung PUSPADARA PUSPANITA)  
  Borang B TPP (Borang Permohonan Peruntukan Kewangan Tabung PUSPADARA PUSPANITA bagi Mengadakan Seminar Penyakit Kanser)  
   
     
   
     
   
   
 
 
 
     
     
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
© PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Hakcipta Terpelihara 2012