Facebook
Borang
Program
Laman Utama > Pengenalan > Tujuan  
   
Tujuan  
   
Flower Merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan;  
   
Flower Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus;  
   
Flower Menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat;  
   
Flower Mengadakan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan;  
   
Flower Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khusunya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini;  
   
Flower Memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya;  
   
Flower Menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini dan tidak sebahagianpun daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.  
   
   
 
     
     
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
© PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6 -10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya.
Hakcipta Terpelihara 2012