Facebook
Borang
Program


FlowerBerita Semasa
 
MAJLIS MAKAN MALAM PUSPANITA CAWANGAN KECIL SPA TAHUN 2019 "SEMANIS NONA"

Palm Garden Resort, Putrajaya 1 Mac 2019 ----- PUSPANITA Cawangan Kecil SPA telah menganjurkan Majlis Makan Malam PUSPANITA Tahun 2019 "Semanis Nona" bertempat di Palm Garden Resort, Putrajaya. Majlis Makan Malam ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Nik Asmak binti Nik Mahmood, Mantan Pengerusi PUSPANITA SPA dan Puan Ruziah binti Haji Shafei, Mantan Timbalan Pengerusi PUSPANITA SPA. Majlis Makan Malam PUSPANITA SPA ini diadakan bagi meraikan Majlis Perpisahan Mantan Pengerusi PUSPANITA SPA, YBhg. Datin Nik Asmak binti Nik Mahmood yang telah melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PUSPANITA SPA pada 14 Februari 2019 yang lalu selaras dengan tarikh persaraan YBhg. Dato' Setiausaha SPA dan menghargai ahli jawatankuasa PUSPANITA SPA yang telah bertukar keluar serta merapatkan hubungan sesama ahli dan menghargai usaha yang telah dicurahkan oleh ahli PUSPANITA SPA. Pada malam ini juga, turut diadakan Pertandingan PUSPANITA SPA Got Talent peringkat final melibatkan lima (5) orang finalis. Selain itu juga, turut diadakan tiga (3) Anugerah iaitu Ratu Kebaya, Nona Manis dan Ratu Idaman.

 
Program
[Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut]
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
   
 
Anda pelawat ke:
free html visitor counters
Sejak 29 Februari 2012
 
PUSPANITA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6-10 , Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520 Putrajaya
Hakcipta Terpelihara © 2018